JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.82 juta kes.

Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 23.87 juta kes.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.82 juta


Ini diikuti India dengan 10.55 juta kes dan Brazil dengan 8.45 juta kes.

BACA: Brazil lulus penggunaan kecemasan dua vaksin

Dua negara, Rusia dan United Kingdom kini melangkaui 3 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Perancis, Turki, Itali dan Sepanyol dan Jerman.

Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes termasuk Malaysia.

BACA: Angka korban dunia melebihi 2.02 juta