AMERIKA Syarikat membenarkan penggunaan pil antiviral Merck & Co untuk pesakit COVID-19 dewasa berisiko tinggi.

Ia dilaporkan lebih berkesan daripada pil sama oleh Pfizer.

Ubat Molnupiravir itu menunjukkan dapat mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian sebanyak 30 peratus dalam ujian klinikal terhadap individu berisiko tinggi.

Kebenaran menggunakan ubat untuk merawat pesakit COVID-19 ringan hingga sederhana bersama pil Pfizer boleh menjadikan instrumen penting untuk melawan varian Omicron yang merebak pantas dan kini dominan di Amerika Syarikat.

Ubat antiviral Pfizer iaitu Paxlovid dibenarkan penggunaan pada Rabu bagi individu berusia 12 tahun ke atas dan terbukti hampir 90 peratus berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian pada pesakit berisiko tinggi.

Merck merancang untuk menghantar ratusan ribu pek ubat dalam beberapa hari akan datang dan 1 juta dalam beberapa minggu lagi.