KUALA LUMPUR: Sistem kesihatan awam di China masih stabil dan bersedia menghadapi gelombang jangkitan COVID-19 di negara itu.

Wartawan Kumpulan Media China (CMG), Zhang Hong, berkata majoriti pesakit hanya memerlukan rawatan pesakit luar yang tidak kritikal.

"Pada minggu pertama (tahun ini) memang ramai orang membanjiri hospital. Kebanyakan pesakit tidak perlu rawatan dalam hospital, mereka hanya perlu dapatkan ubat demam panas.

"Berdepan dengan keadaan seperti ini, kerajaan China menggunakan pelbagai tindakan, seperti mengubah suai hospital sementara untuk kuarantin dan stadium besar kepada klinik demam.

"(Tujuannya) untuk menyediakan ubat-ubat kepada mereka. Klinik sementara ini boleh beri perkhidmatan kepada lima kali ganda jumlah pesakit berbanding hospital biasa." katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Selasa.

COVID-19 | China ubah suai hospital sementara menjadi klinik pesakit luar

Zhang juga menjelaskan, dunia tidak perlu bimbang dengan peningkatan kadar jangkitan COVID-19 yang mendadak di China kerana ia bersifat sementara.

Katanya, trend yang sama juga berlaku kepada negara-negara lain termasuk Malaysia, semasa pembukaan semula sempadan antarabangsa pada Mac 2022.

"Berdasarkan kepada keadaan sekarang, Omicron menjadi varian yang tular secara meluas di luar negara dan China. Kebanyakan yang didapati di China ialah varian BA.5.2 atau BF.7, semuanya Omicron (yang kesan terhadap kesihatan tidak serius).

"Jadi ia sudah tidak lagi bahaya, cuma menular cukup cepat. Jadi saya rasa jumlah jangkitan itu yang meningkat secara mendadak ini, selepas itu kadar jangkitan akan menurun lagi," katanya.

BACA KENYATAAN MENTERI KESIHATAN DI SINI

Menyentuh berkenaan angka jangkitan rasmi daripada kerajaan China pula, Zhang berkata data tersebut masih dikemas kini setiap hari dan diterbit di portal kerajaan, cuma sidang akhbar mengenainya sahaja dihentikan.

"Ini adalah kerana, dulu China mengamalkan dasar sifar COVID-19 iaitu setiap orang wajib membuat pemeriksaan. Oleh itu, dalam keadaan ini, data yang dikumpulkan oleh kerajaan cukup lengkap kerana meliputi hampir semua penduduk di sini.

"Tapi kalau sekarang yang mana COVID-19 sudah diuruskan sebagai jangkitan biasa di China. Banyak kes tidak dilaporkan apabila dan rakyat China hanya merawat gejala demam (akibat COVID-19) seperti demam biasa." katanya lagi.

Perspektif rakyat China berkaitan situasi COVID-19