BRUSSELS:Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan persetujuan untuk membeli tambahan 300 juta dos vaksin Moderna.
Perkembangan menyusul di tengah-tengah kebimbangan lebih banyak varian baharu yang dikenal pasti dan penularannya di seluruh Eropah.
Susulan itu, kerajaan dan pemimpin EU berusaha untuk mempercepatkan proses vaksinasi yang sebelum ini terjejas akibat bekalan terhad.
Presiden EU, Ursula Von Der Leyen menjelaskan, program vaksinasi melibatkan ketiga-tiga vaksin yang diluluskan akan dipercepatkan.
“Seperti yang anda tahu, kira-kira 33 juta dos vaksin sudah dihantar, 22 juta orang sudah menerima suntikan pertama termasuk tujuh juta dos untuk dos kedua.
“Kita perlu dan akan mempercepatkan proses vaksinasi dalam beberapa minggu dan bulan. Penghantaran ketiga-tiga vaksin yang diluluskan akan dipercepatkan. Malah, akan ada vaksin baharu yang akan disediakan pada masa akan datang selepas mendapat kelulusan Agensi Ubatan Eropah (EMA).
“Bagaimanapun keadaan semakin berubah. Kita melihat lebih banyak kes melibatkan varian COVID baharu dan varian baharu ini masih lagi menular di Eropah dan seluruh dunia. Sehingga kini, vaksin yang diluluskan Eropah dilaporkan berkesan terhadap varian baharu tetapi varian ini lebih cepat menular, jadi ia mungkin lebih sukar untuk dikawal dengan vaksin,” katanya.
Sebelum ini Pfizer/Biontech menandatangani perjanjian untuk menghantar tambahan 200 juta dos vaksin ke EU.
Pada masa sama, EU memaklumkan, kontrak kedua dengan Moderna akan melibatkan pembelian tambahan dengan 150 juta dos untuk tahun ini dan pilihan untuk membeli tambahan 150 juta dos pada 2022.
Jika blok itu mempunyai bekalan yang cukup dan ia melebihi keperluan, vaksin itu akan diagihkan kepada negara berpendapatan rendah.
Astro Awani
Wed Feb 17 2021
Ursula Von Der Leyen menjelaskan, program vaksinasi melibatkan ketiga-tiga vaksin yang diluluskan akan dipercepatkan. - Reuters
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.