WASHINGTON:Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan vaksin pertama COVID-19 di negara itu.

Jutaan dos vaksin koronavirus keluaran Pfizer dan BioNTech yang dilaporkan 95 peratus efektif akan diedar ke seluruh negara bagi membolehkan kempen pemvaksinan dilakukan dalam beberapa hari lagi.

Penggunaan kecemasan bermaksud produk perubatan itu mendapat kebenaran khas daripada FDA untuk digunakan ketika kecemasan, namun tidak bermakna ia mendapat kelulusan penuh.

Pfizer perlu membuat permohonan berasingan agar vaksin keluarannya diberi kelulusan penuh oleh FDA.