JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini hampir mencecah angka 103 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini berjumlah 102,840,181.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan 26.15 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.75 juta kes dan Brazil dengan 9.17 juta kes.

Manakala negara yang mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 3 juta adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatatkan lebih 2 juta kes.





Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi, Hungary, Jordan dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.