JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah 33.5 juta kes.

Ia berikutan lebih 220,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.18 juta kes jangkitan, diikuti India (6.15 juta kes) dan Brazil (4.75 juta kes).

Sementara itu jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.16 kes.

Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis pula melepasi angka setengah juta.

Negara-negara lain dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Chile, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Iraq, Arab Saudi, Turki, Itali, Pakistan dan Filipina.

Dalam pada itu, Jerman, Indonesia, Israel, Ukraine, Kanada, Ecuador. Bolivia dan Qatar pula merekodkan angka positif COVID-19 antara 100,000 hingga 200,000 kes.

Ini termasuk Romania, Magribi, Belanda, Belgium, Republic Domanican, Panama, Kazakhztan, Kuwait dan Mesir. Negara-negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu, statistik yang sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah lebih satu juta.

AS terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan  205,774 kes, diikuti Brazil dengan 142,058 kes dan India (96,318 kes).

Sementara Mexico dan United Kingdom masing-masing mecatatkan 76,603 dan  42,161 kematian.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Dalam pada itu Iran dan Columbia pula merekodkan angka korban lebih 25,000 kes,

Rusia setakat ini merekodkan 20,456 kematian, manakala negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.