JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 45.9 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 9 juta kes.

Ini diikuti India dengan 8 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.5 juta kes.

Pada Sabtu, United Kingdom menjadi negara terbaharu melepasi angka jangkitan 1 juta kes bersama negara lain seperti Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia.

Negara yang melepasi angka setengah juta kes ialah Mexico, Peru, Afrika Selatan, Itali dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan ialah Iraq, Indonesia, Bangladesh, Belgium, Ukraine, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi, Poland dan Pakistan.

Sejumlah 18 negara lain merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga lebih 200,000 kes.

Terdapat juga beberapa negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.