JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 68 juta.

Ini berikutan pertambahan lebih 664,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 15.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.7 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.7 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes adalah Russia dan Perancis.

Manakala Itali, United Kingdom, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland dan Iran catat lebih 1 juta kes.

Peru, Turki, Ukraine, Afrika Selatan, Belgium, Indonesia, Belanda, Iraq, Chile, dan Romania merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 1.6 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 287,000, diikuti Brazil dengan lebih 178,000 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 141,000 dan 110,000 kematian.

United Kingdom, Itali, Perancis dan Iran merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.