JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini mencecah 173.1 juta kes.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.36 juta kes.

Ini diikuti India dengan 28.8 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.9 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes adalah Perancis, Turki dan Rusia.

United Kingdom dan Itali pula catat kes melebihi 4 juta.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.7 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 597,000 ribu kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 470,000 kes, India lebih 344,000 kes, dan Mexico lebih 228,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali ,Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.