GENEVA: Komuniti dunia tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan dalam perang melawan pandemik COVID-19.

Sebalikya tegas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, pemulihan susulan pandemik ini masih berterusan dan garis panduan tetap perlu dipatuhi.

Kata Dr Tedros, pandemik COVID-19 dapat dikawal di seluruh dunia tanpa jalan pintas.

“Kita telah melalui perjalanan yang panjang, kita telah berdepan terlalu banyak kesukaran dan termasuk kehilangan nyawa.

“Justeru kita tidak boleh mesia-siakan beberapa kejayaan yang kita telah kecapi. Ketika ini kita mempunyai alat untuk mengawal pandemik tersebut namun ia hanya boleh dilakukan jika kita menggunakannya secara konsisten dan saksama.

“Sains, jalan penyelesaian dan solidaritI merupakan garis panduan utama untuk kita dan tiada jalan pintas untuk kecapi kejayaan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Tedros turut mempersoalkan tindakan sesetengah negara yang masih perlahan dalam memerangi pandemik ini.

Beliau menjelaskan, sebelum ini pihaknya ada menerangkan garis masa sebaik sahaja menerima amaran berkenaan pandemik ini.