ROME: Pengembara yang tiba di Rome, Itali dari New Delhi, India diarah menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.

Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza mengenakan langkah itu buat India susulan  penularan serta peningkatan kes di negara berkenaan.

Penumpang yang tiba di Lapangan Terbang  Leonardo da Vinci dikehendaki menjalani ujian saringan sejurus sampai ke negara itu.

Mereka yang disahkan positif akan dibawa ke pusat kuarantin di hotel berdekatan.

Kebanyakan penumpang yang tiba pada Khamis itu kebanyakkannya warganegara India yang menetap di Itali.

Untuk rekod india mencatatkan kes harian tinggi melebihi 300,000 kes, dengan 18.3 juta kes secara keseluruhannya.

Angka ini menjadikan India, negara kedua tertinggi dalam kes jangkitan COVID-19 dunia selepas Amerika Syarikat.