PARIS:Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu mempertahan keputusannya untuk tidak melaksanakan sebarang sekatan pergerakan yang ketiga, dengan mengatakan bahawa beliau mempercayai rakyat negara itu mampu menjaga diri daripada dijangkiti COVID-19.
Reuters melaporkan, Macron mahu menangani gelobang ketiga pandemik itu dengan tidak terlalu mengenakan larangan yang ketat.
Pada masa yang sama, program vaksinasi di negara itu juga tidak dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.
Bermula Ahad, Perancis akan menutup pintu sempadannya untuk negara-negara yang di luar Kesatuan Eropah (EU) kecuali bagi perjalanan yang perlu.
Mereka yang datang dari blok EU pula perlu menunjukkan perakuan hasil ujian negatif. Selain itu, pusat beli-belah yang besar akan ditutup sementara pihak polis meningkatkan rondaan untuk menguatkuasakan perintah perkurung pada jam 6 petang.
Menurut Macron, beliau mahu melihat dahulu sama ada langkah-langkah lain mencukupi untuk memperlahankan penularan virus korona.
Sejak mula-mula COVID-19 dikesan di Britain, Perancis kini berdepan dengan kemunculan 10 peratus varian baharu dengan kebolehjangkitan tinggi. Sebelum ini, pegawai kanan kesihatan telah menyarankan perintah berkurung baharu, yang disokong oleh kira-kira 75 peratus rakyat negara itu, berdasarkan satu kaji selidik.
Kaji selidik itu juga menunjukkan kemerosotan tahap kepercayaan umum terhadap usaha kerajaan menangani pandemik itu.
"Saya mempercayai kita semua. Tempoh sekarang ini adalah sangat kritikal. Ayuh kita sama-sama lakukan apa yang kita mampu untuk memperlahankan kesan penularan ini,” ujar Macron dalam Twitter rasminya.
Menteri Kesihatan Olivier Veran memberitahu media bahawa para penasihat kerajaan mendapati keputusan menangguhkan perintah sekatan pergerakan sehingga seminggu tidak akan memberi risiko memandangkan penyebaran varian baharu tidak ketara.
Namun tambahnya, tindakan melarang pergerakan yang lebih ketat akan dikenakan jika trend penularan tersebut terjadi dengan lebih pantas.
Macron juga dikritik kerana program vaksinasi yang tidak lancar dan perlahan berbanding negara-negara EU lain, malah lebih perlahan daripada Britain atau Amerika Syarikat. Statistik terkini menunjukkan hanya 1.45 juta dos vaksin yang telah diberikan, berbanding 8.4 juta dos di Britain.
Veran berkata, pentadbir perubatan Perancis masih membuat penilaian atas vaksin AstraZeneca pada Selasa. Negara itu setakat ini telah meluluskan vaksin yang dibangunkan Pfizer/BioNTech dan Moderna.
Perancis melaporkan 24,393 kes positif COVID-19 pada Sabtu sementara jumlah pesakit di hospital masih di atas angka 27,000 27,000 untuk hari kelima berturut-turut.
Agensi
Sun Jan 31 2021
Macron mempercayai rakyatnya mampu bertindak mengikut pertimbangan sendiri tentang langkah menghindari jangkitan COVID-19. - Gambar fail
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali.
Presiden Perancis Macron pertahan undang-undang imigresen
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mempertahankan undang-undang imigresen yang diluluskan Parlimen meskipun berdepan kritikan.
Perancis gesa Israel hentikan segera pembunuhan wanita, bayi di Gaza
Walaupun mengiktiraf hak Israel, namun pengeboman di Gaza harus dihentikan, kata Presiden Emmanuel Macron.
Tiada apa yang boleh mewajarkan kesengsaraan orang awam di Gaza - Presiden Perancis
Emmanuel Macron sokong rakyat Palestin, namun menegaskan, rakyat negara itu "tidak diwakili oleh Hamas."
Piala Dunia Qatar: Al-Sultan Abdullah zahir tahniah kepada Presiden Perancis
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Dunia.
Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M
Dr Mahathir menegaskan, Perancis harus mendidik rakyatnya agar menghormati perasaan orang lain.
Hina Islam: Pas seru umat Islam boikot barangan buatan Perancis
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam memboikot barangan buatan Perancis bagi menunjukkan solidariti terhadap Islam dan kemajmukan beragama dalam masyarakat.
COVID-19: Perancis lanjutkan langkah kecemasan hingga 11 Mei
Macron berkata langkah tegas akan terus dikuat kuasa dan sempadan negara akan ditutup hingga 11 Mei.
PBB, Macron rayu keganasan di Ghouta dihentikan segera
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu, (PBB) menggesa pertempuran di Timur Ghouta dihentikan segera.
Berita palsu: 'Isytihar dana atau lesen dibatalkan' - Macron
Peraturan baharu itu dijangka siap akhir tahun 2018 yang akan memperlihatkan ketegasan ketelusan bagi pengeluar kandungan platform dalam talian.