awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB, Macron rayu keganasan di Ghouta dihentikan segera

Agensi
Agensi
21/02/2018
23:47 MYT
PBB, Macron rayu keganasan di Ghouta dihentikan segera
Kira-kira 400,000 orang awam terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar Al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta. -
Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu, (PBB) menggesa pertempuran di Timur Ghouta dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan kempen pengeboman kerajaan di wilayah yang dikuasai pemberontak Syria itu menjadikan ia 'neraka dunia' bagi penduduk awam.
"Saya amat sedih dengan penderitaan yang dialami 400,000 penduduk awam di Timur Ghouta. Wilayah itu kini ibarat neraka dunia kepada mereka," katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.
Guterres sehubungan itu merayu kepada semua yang terlibat untuk menghentikan segera aktiviti pertempuran di wilayah itu.
Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Marcon, juga menggesa gencatan senjata diadakan di wilayah itu bagi membolehkan penduduk awam yang terperangkap dalam pertempuran dipindahkan.
Marcon turut menuduh rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan kempen memerangi keganasan untuk melindungi tindakannya menyerang penduduk awam.
Kira-kira 400,000 orang awam terperangkap dalam kepungan dan serangan tanpa henti regim Bashar Al Assad dan Rusia ke atas Timur Ghouta.
Serangan bertubi-tubi dalam tempoh 24 jam sejak Isnin telah mengorbankan ratusan nyawa .
Topic Berkaitan
#Bashar al-Assad
#kemanusiaan
#pertempuran
#Presiden Perancis
#Setiausaha Agong PBB
#timur ghouta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan