Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatatkan kadar ketindaktentuan.

Pada Jumaat, angka itu kekal pada paras 1.05 sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.41 diikuti Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Kedah, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dan Pahang.

Seterusnya, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.