WALES mengumumkan akan mempercepatkan sekatan meluas susulan penularan COVID-19 bermula Sabtu.

Pada masa sama, Scotland mengekalkan larangan perjalanan dengan United Kingdom sepanjang musim perayaan ini bagi menyekat penularan varian baru virus tersebut. 

Wales dan Scotland yang mempunyai undang-undang sendiri dalam  mengawal COVID-19 mengesahkan terdapat jangkitan mutasi baharu di negara mereka, sama seperti yang ditemui di London dan Selatan England.

Varian ini dilaporkan 70 peratus lebih cepat berjangkit berbanding varian lain.

Wales dan Scotland akan mengurangkan jumlah hari dengan sekatan dikurangkan kepada hanya satu hari, iaitu pada 25 Disember, hari Krismas.