Thailand akan menyambung perintah darurat negara itu untuk tempoh sebulan lagi sehingga hujung Ogos, sebagai usaha mengekang penularan COVID-19, pada ketika negara itu membuka sempadannya kepada warga asing terpilih, termasuk pekerja asing dari negara jiran sebagai usaha memulihkan kembali ekonominya yang terjejas akibat pandemik itu.
Walaupun negara itu telah 'sifar' jangkitan tempatan COVID-19 untuk hampir dua bulan, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional Jeneral Somsak Roongsita berkata, situasi di tempat lain di seluruh dunia masih membimbangkan di mana jumlah kes terus meningkat.
Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha hari ini yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata, CCSA telah bersetuju membenarkan warganegara asing terpilih termasuk pekerja asing dari negara jiran terutamanya Kemboja, Myanmmar, Laos dan Vietnam, dalam industri infrastruktur dan makanan untuk memasuki negara itu.
Selain itu beliau berkata, pelancong perubatan, warga asing menghadiri persidangan antarabangsa dan pameran perdagangan, krew produksi filem luar dan pemegang kad Elite Thailand (mereka yang mempunyai visa untuk tinggal jangka masa panjang dan visa kemasukan entri berbilang) adalah antara yang dibenarkan untuk memasuki negara itu.
Bagaimanapun, tarikh sebenar mereka dibenarkan memasuki semula negara itu, tidak diumumkan.
"Perintah darurat masih lagi diperlukan bagi mengawal pandemik COVID-19 secara berkesan di negara ini, kerana Thailand telah membuka semula pintunya kepada kumpulan pelawat bagi membantu memulihkan semula ekonomi negara.
"Penyambungan perintah darurat ini hanyalah untuk mengekang pandemik COVID-19. Ia tidak ada kena mengena dengan perhimpunan politik," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Penyambungan itu bergantung kepada kelulusan Kabinet pada Selasa. Perintah Darurat masa ini akan berakhir pada 31 Julai. Sehingga kini, Thailand telah menyambung semula perintah daruratnya empat kali dengan buat kali pertamanya dari 26 Mac ke 30 April, disambung ke 31 Mei, dan kemudiannya ke 30 Jun, sebelum disambung semula ke 31 Julai.
Tindakan penyambungan tersebut menimbulkan persoalan pelbagai pihak, kerana Thailand telah mencatatkan jangkitan kes COVID-19 satu digit dan sifar jangkitan tempatan, untuk tempoh 59 hari.
Walaupun perhimpunan besar-besar dilarang di bawah perintah darurat, kira-kira 2,500 orang mengadakan protes di 'Bangkok Democracy', yang mendesak penukaran kerajaan. Dua lagi protest telah diadakan di Chiang Mai dan Ubon Ratchathani pada Ahad.
Sementara itu, jurucakap CCSA Thaweeslip Wissanuyothin berkata, kumpulan yang terpilih selain pekerja asing yang dibenarkan untuk memasuki negara itu, termasuklah diplomat dan pelawat perniagaan yang perlu menjalani kuarantin di pusat milik kerajaan selama 14 hari.
Pekerja asing dalam industri makanan dan infrastruktur yang dibenarkan untuk memasuki negara akan menjalani kuarantin di tempat kerja mereka, bagi mengurangkan kos kepada majikan.
Sementara itu, Thailand hari ini melaporkan enam kes baru COVID-19, kesemuanya melibatkan warga Thailand yang pulang dari luar negara dan sedang menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan. Kes keseluruhan kini berjumlah 3,261 dan dengan jumlah kematian kekal 58 kes.
Enam kes baru melibatkan empat pelajar lelaki warga Thailand yang pulang dari Mesir dan masing-masing seorang wanita dari Amerika Syarikat dan Jerman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020
Thailand akan menyambung perintah darurat negara itu untuk tempoh sebulan lagi sehingga hujung Ogos. - Gambar fail/REUTERS
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.