Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan jumlah peningkatan kes COVID-19 di benua Afrika.

Benua itu kini mencatatkan peningkatan dari 100,000 ke 200,000 kes hingga Khamis.

Berdasarkan rekod, benua itu mencatat 100,000 kes dalam tempoh 98 hari.

Bagaimanapun, kes positif meningkat ke 200,000 dalam tempoh 18 hari.

Menurut Pengarah Serantau Untuk Afrika, Dr Matshidiso Moeti, biarpun kes berkenaan hanya mewakili satu pertiga daripada kes global, ia memberi petunjuk jelas pandemik itu menular dengan pantas.

Afrika mencatat 5,600 kematian sehingga kini. Sebahagian besar kes COVID-19 dikesan menerusi kemasukan pelancong dari Eropah.

Sejumlah 10 daripada 54 negara di Afrika mencatatkan peningkatan kes.

Sementara Afrika Selatan mewakili 25 peratus daripada keseluruhan kes di benua berkenaan.