awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis

Bernama
Bernama
07/10/2024
22:30 MYT
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Kejadian tembakan itu berlaku hanya seminggu selepas 18 orang terbunuh di kampung Ngobozana, Lusikisiki di Eastern Cape. - Gambar hiasan
JOHANNESBURG: Enam peronda komuniti ditembak mati dan empat lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Qumbu, wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan, kata polis pada Isnin.
Menurut Agensi Anadolu, polis berkata sekumpulan lapan lelaki bersenjata, yang dilengkapi senapang dan pistol, didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan, membunuh enam orang dan mencederakan empat mangsa yang kemudiannya dikejarkan ke hospital.
"Dikatakan bahawa anggota peronda berada di sebuah sekolah tempatan dan sedang bersiap sedia untuk rondaan malam ketika mereka diserang. Suspek (yang tidak dikenali) masih bebas, dan motif tembakan belum diketahui setakat ini," menurut polis dalam satu kenyataan.
Kejadian tembakan itu berlaku hanya seminggu selepas 18 orang terbunuh di kampung Ngobozana, Lusikisiki di Eastern Cape.
Pihak berkuasa polis dengan keras mengecam pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap peronda komuniti serta mengucapkan takziah kepada keluarga yang berduka.
"Kami telah menggerakkan sumber maksimum, dan kami bimbang bahawa mereka yang bekerja dan membantu polis kini menjadi sasaran dan diserang. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian tembakan rambang ini diberkas," kata Pesuruhjaya Polis Wilayah Lt-Jen. Nomthetheleli Mene.
Kejadian tembakan rambang semakin kerap berlaku di Afrika Selatan, dengan berpuluh-puluh orang terbunuh dalam insiden sebegitu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, walaupun beberapa suspek masih dalam tahanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan
#Afrika Selatan
#peronda komuniti
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan