BANGKOK:Thailand mencatatkan 198 kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu setakat ini ialah 13,302 dengan 72 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata kes kematian itu membabitkan seorang lelaki warga emas tempatan berusia 81 tahun dari wilayah Phichit yang mempunyai masalah kesihatan dan beliau diuji positif pada 3 Jan lepas sebelum meninggal dunia pada Jumaat malam.
Daripada 198 kes baharu itu, Dr Panprapa berkata 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif (107 di Samut Sakhon dan empat di Bangkok) manakala 18 merupakan kes import.
"Daripada sejumlah 13,302 kes COVID-19 yang dilaporkan di negara ini sejak Januari tahun lepas, sebanyak 10,945 kes adalah jangkitan tempatan termasuk 4,495 yang dikesan melalui pengesanan kes aktif manakala 2,357 merupakan kes import," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini pada Sabtu.
Sementara itu, timbalan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Natapanu Nopakun berkata saintis perubatan dari Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn di Bangkok bersiap sedia untuk ujian klinikal pertamanya ke atas vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan pada April.
Beliau berkata vaksin itu, ChulaCov19 yang dibangunkan fakulti berkenaan, menggunakan Messenger RNA atau mRNA yang membolehkan tubuh mengeluarkan protein bagi mencetuskan respons imun terhadap virus tersebut.
Natapanu berkata teknologi itu digunakan syarikat peneraju dalam bidang farmaseutikal seperti Moderna, Pfizer serta BioNTech dan terbukti mempunyai kadar keberkesanan lebih 90 peratus.
"Sekumpulan sukarelawan berusia lingkungan 18 hingga 75 tahun dijangka disuntik dengan vaksin ini pada April. Keputusannya dijangka ketahui pada Jun. Selepas itu, pasukan penyelidik akan mempelajari mengenai dos yang sesuai bagi menghasilkan vaksin paling berkesan.
"Pasukan penyelidik kemudian akan terus ke Fasa 2 dan selepas itu, Fasa 2B. Jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, vaksin itu boleh dikeluarkan menjelang akhir tahun ini," katanya.
Thailand telah memesan sejumlah 61 juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford serta dua juta dos lagi daripada Sinovac Biotech.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021

Thailand mencatatkan 198 kes baharu COVID-19 dan satu kematian dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail

Runtuh | Tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak runtuh, jalan alami kesesakan teruk
Makluman awal berlaku runtuhan struktur dari tapak pembinaan berhampiran Desa Tun Razak dari Sg Besi menghala Bandar Tun Razak. Kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang sebentar tadi.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian jadi tumpuan kenyataan KKM
Negeri Selangor rekod 640 kes diikuti Johor (376) dan Sarawak (139).

KKR anggar lebih RM200 juta untuk perbaiki jalan raya terjejas akibat banjir
Menteri Kanan Fadillah Yusof berkata, jumlah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk kelulusan di bawah dana bencana.

COVID-19: 1,745 jangkitan baharu, tujuh kematian
Malaysia merekodkan 1,745 jangkitan baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam menjadikan angka keseluruhan kini sebanyak 330,850 kes.

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

PBT, badan berkanun boleh keluarkan kompaun mulai 11 Mac ini
Kuasa tersebut diberikan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat-kuasa 11 Mac ini.

Haji 2021: Semua petugas kesihatan, sukarelawan wajib divaksin
Pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Mekah.

UMNO hantar surat tamat kerjasama dengan Bersatu, PN - Laporan
Sumber yang memaklumkan perkara tersebut kepada portal itu menjelaskan, sehingga kini belum ada maklum balas berhubung surat berkenaan.

305 lagi ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Daripada 305 yang ditahan, 296 dikenakan kompaun, lapan direman dan seorang dijamin.

Aktivis ditahan atas dakwaan membakar potret Raja Thailand
Chaiamorn didakwa di bawah undang-undang lese majeste yang membawa hukuman sehingga 15 tahun penjara.

PM Thailand gesa pihak berkuasa kaji sijil atau passport vaksin untuk pelancong
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pada Selasa mengarahkan pihak berkuasa berkaitan mengkaji sijil vaksin COVID-19.

Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
Ahmad merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.

Polis tumpas sindiket pengedaran, rampas dadah RM22.46 juta di Pulau Pinang
Sindiket berkenaan aktif sejak Mei tahun lepas dan semua bekalan dadah berkenaan dipercayai diseludup dari Thailand ke Kelantan seterusnya dibawa ke Pulau Pinang.

Tunjuk perasaan bertukar ganas: Polis tembak peluru getah, gas pemedih mata
Penunjuk perasaan antikerajaan di luar kem tentera bertukar ganas apabila polis menembak peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air.

Kempen vaksinasi COVID-19 bermula di Thailand
Program vaksinasi itu diadakan pada Ahad di sebuah institusi penyakit berjangkit di pinggiran Bangkok.

15 penyerang di Thailand mungkin cuba selinap masuk Malaysia - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan 15 individu penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negara ini.

Dua renjer maut dalam letupan bom, insiden berbalas tembakan di Narathiwat
Dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand.

Kabinet Thailand dijangka dirombak selepas 3 menteri disabit kesalahan memberontak
Mereka adalah antara 39 individu yang didakwa atas pelbagai tuduhan dan mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah Jenayah pada 2018.

Thailand terima kumpulan pertama vaksin COVID-19, suntikan dijadual bermula minggu ini
Thai Airways International yang mengangkut 200,000 dos vaksin itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabumi pada 10.05 pagi (waktu tempatan).