ANGKA kematian global akibat COVID-19 meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat virus itu kini melepasi 852,000 kes.

Amerika Syarikat kekal rekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 184,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 121,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban COVID-19 sebanyak 65,000 dan 64,000 kes.

Negara keempat mencatat angka korban yang tinggi adalah United Kingdom dengan 41,000 kes.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 kes dan 30,000 kes.

Tiga negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dengan 29,000, Peru, 28,000 kes dan Iran (21,000 kes).

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.