awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah

COVID-19: 49 kes baharu di Singapura, lapan kes import

Bernama
Bernama
13/09/2020
11:07 MYT
COVID-19: 49 kes baharu di Singapura, lapan kes import
Susulan laporan kes baharu, jumlah jangkitan secara keseluruhan kini menjangkau kepada 57,406. - Gambar fail/REUTERS
Laporan awal Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menunjukkan tambahan 49 kes baharu jangkitan COVID-19 di negara republik itu, dengan lapan daripadanya melibatkan kes import.
Menerusi data ringkas yang dikeluarkan hari ini, menurutnya semua kes import telah diberikan Notis Tinggal di Rumah sebaik tiba di Singapura, dan berdasarkan siasatan sehingga kini, hanya satu kes dikesan dalam komuniti yang melibatkan seorang pemegang pas kerja.
Susulan laporan kes baharu, jumlah jangkitan secara keseluruhan kini menjangkau kepada 57,406.
Menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu mengklasifikasikan 983 daripada kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,237 sebagai kes komuniti, dan 54,137 melibatkan penghuni asrama.
Menurutnya 56,699 pesakit telah sembuh sepenuhnya, dan 54 kes disahkan yang masih di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 577 pesakit dengan simptom ringan atau sihat secara klinikal tapi masih positif COVID-19 telah diasingkan dan dijaga di kemudahan komuniti.
Tiada kluster baharu dikesan semalam, dan sehingga kini 27 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan COVID-19 di Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes baharu
#kes import
#Notis Tinggal di Rumah
#pas kerja
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.