awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 6 Kes positif baharu dicatat di Singapura, 93 dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
10/03/2020
16:25 MYT
COVID-19: 6 Kes positif baharu dicatat di Singapura, 93 dibenarkan pulang
Sehingga kini, sejumlah 93 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital. - Foto AP
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan enam lagi kes positif jangkitan COVID-19 di republik itu dengan tiga daripadanya adalah daripada kluster yang membabitkan majlis makan malam persendirian di SAFRA Jurong pada 15 Feb.
Ketiga-tiga kes baharu meningkatkan jumlah kes positif bagi kluster itu kepada 39, menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan di sini.
Setakat ini, 10 kes dikaitkan dengan The Life Church and Missions Singapore; lima dengan tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights; 14 dengan syarikat Wizlearn Technologies Pte Ltd; dan 23 dengan gereja Grace Assembly of God.
Dua lagi dikaitkan dengan Kes 142, dengan satu membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 28 tahun yang melakukan perjalanan ke Indonesia dari 29 Feb hingga 2 Mac.
Sementara itu, satu daripada kes baharu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster yang membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 30 tahun yang telah melakukan perjalanan ke Perancis dari 15 Feb hingga 7 Mac.
Sehingga kini, sejumlah 93 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital.
Daripada 73 kes yang disahkan dan masih menerima rawatan di hospital, MOH berkata kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala 12 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari, MOH telah mengenal pasti 4,004 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#koronavirus
#MOH
#SAFRA Jurong
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan