NEW DELHI: Ahli keluarga pesakit COVID-19 di hospital serata India merayu agar diberi tangki oksigen dan bantuan kecemasan ketika sistem kesihatan negara itu semakin lumpuh.

Pada Jumaat, lebih 386,000 kes positif direkodkan dengan hampir 3,500 kematian.

Hospital tentera mula dibuka kepada pesakit COVID-19 pada Jumaat ketika kerajaan India semakin terdesak untuk menyediakan katil dan bekalan perubatan.

Menteri Kesihatan berharap bantuan yang dihantar dari lebih 40 negara dapat meredakan situasi.

Antara negara yang telah menghantar bantuan perubatan termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Rusia.

BACA: Berjam-jam keluar, rayu untuk bekalan oksigen... sudahnya dapat tahu ibu sudah tiada

COVID-19 | Ahli keluarga pesakit merayu untuk oksigen

Meskipun menjadi antara negara pengeluar vaksin terbesar dunia, 10 peratus rakyat India telah menerima dos pertama manakala hanya 1.5 peratus menerima dua dos vaksin sejak Januari.

Antara faktor peningkatan kes termasuk perhimpunan secara beramai-ramai untuk acara politik atau majlis agama.

Pada Khamis, jutaan rakyat mengundi dalam pilihan raya negeri di Bengal Barat tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.