awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ahli Parlimen UK digesa sokong peluasan kuasa darurat kerajaan

Agensi
Agensi
28/09/2020
23:49 MYT
COVID-19: Ahli Parlimen UK digesa sokong peluasan kuasa darurat kerajaan
Jelas Hancock, akta itu akan memberi kuasa yang penting untuk mengendalikan virus korona. - REUTERS/Toby Melville/Pool/File Photo
LONDON:Setiausaha Kesihatan United Kingdom (UK) Matt Hancock menggesa anggota Parlimen memperluaskan kuasa kecemasan kerajaan untuk melaksanakan tindakan bertujuan membendung COVID-19.
Antara lain, Akta Koronavirus membenarkan kerajaan menetapkan sekatan tanpa pemeriksaan Parlimen.
Akta itu akan dikaji Dewan Rakyat pada Rabu.
Jelas Hancock, akta itu akan memberi kuasa yang penting untuk mengendalikan virus korona.
“Sepanjang wabak ini, saya telah mengalu-alukan perbahasan dan kajian di dewan ini.
“Pada Rabu, kami akan membahaskan dan memilih untuk memperluas langkah-langkah penting dalam Akta Koronavirus dan tindakan itu memberikan kekuatan yang penting untuk mengawal virus ini.
“Saya menggesa semua rakan sekerja untuk bekerjasama bagi memastikan bahawa kita melalui ini dengan cara yang terbaik, kerana pada akhirnya, di mana saja kedudukan kita di dewan ini, kita berada di pihak yang sama, tabah dalam tekad kita untuk mengalahkan virus membawa maut ini,” katanya.
Britain mencatatkan angka korban terburuk di Eropah akibat COVID-19 dengan 42,090 kes kematian.
Ketika ini, satu perempat daripada 65 juta rakyat di UK hidup di bawah sekatan tempatan yang lebih ketat dalam usaha kerajaan memerangi wabak itu.
Topic Berkaitan
#Akta Koronavirus
#Setiausaha Kesihatan UK
#Matt Hancock
#ahli Parlimen
#kuasa darudat
#kerajaan
#kuasa kecemasan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan