awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka kematian di UK cecah 150,000 selepas lonjakan Omicron

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2022
00:41 MYT
COVID-19: Angka kematian di UK cecah 150,000 selepas lonjakan Omicron
Britain telah menyaksikan lonjakan kes yang dikaitkan dengan varian koronavirus Omicron dalam beberapa minggu kebelakangan ini. - Foto REUTERS
LONDON: Angka kematian rasmi United Kingdom akibat pandemik COVID-19 meningkat melebihi 150,000 pada Sabtu berikutan gelombang tinggi kes disebabkan oleh varian Omicron.
Kira-kira 313 kematian dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif COVID-19 dilaporkan pada Sabtu, menjadikan jumlah kematian kepada 150,057.
Perdana Menteri Boris Johnson dalam satu kenyataan berkata, koronavirus telah membawa kesan buruk kepada UK dan pada Sabtu jumlah kematian yang direkodkan telah mencapai 150,000.
Jelasnya cara keluar daripada wabak ini adalah untuk semua orang mendapatkan dos penggalak mereka atau dos pertama atau kedua jika mereka belum melakukannya.
Britain telah menyaksikan lonjakan kes yang dikaitkan dengan varian koronavirus Omicron dalam beberapa minggu kebelakangan ini, walaupun kadar kematian lebih rendah berbanding semasa gelombang jangkitan sebelumnya.
Kerajaan telah memberi tumpuan untuk melancarkan vaksin dos penggalak - yang telah menjangkau lebih daripada 60 peratus penduduk dan tidak kembali kepada langkah penutupan yang dilakukan pada awal pandemik itu merebak.
Kira-kira 1.227 juta orang telah diuji positif untuk COVID-19 dalam tempoh tujuh hari yang lalu, 11 peratus lebih daripada minggu sebelumnya, manakala jumlah kematian mingguan meningkat 38 peratus pada minggu sebelumnya pada 1,271.
Terdapat tanda-tanda jumlah kes baharu mungkin memuncak, dengan 146,390 kes baharu dilaporkan pada Sabtu, turun daripada rekod 218,724 yang pada 4 Januari.
Jumlah kematian terkumpul Britain adalah yang kedua tertinggi di Eropah, di belakang Rusia.
Tetapi berdasarkan asas per kepala, Amerika Syarikat, Itali, Belgium dan beberapa negara di Eropah timur mempunyai kadar kematian kumulatif yang lebih tinggi.
Kadar kematian Britain adalah 7 peratus lebih tinggi daripada purata Kesatuan Eropah, menurut angka yang dikumpulkan oleh Our World In Data.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes kematian
#Omicron
#Boris Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan