ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.125 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 573,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 391,000 kes; Mexico lebih 214,000 kes; India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Czechia, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.