awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Australia buka kembali sempadan selepas 23 bulan

Bernama
Bernama
21/02/2022
11:44 MYT
COVID-19: Australia buka kembali sempadan selepas 23 bulan
Sebanyak 56 penerbangan dijadual mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas dibuka semula. - Foto AP
CANBERRA: Australia pada Isnin menyambut ketibaan pelancong antarabangsa pertamanya selepas hampir dua tahun penutupan akibat pandemik, meskipun kes jangkitan terus meningkat.
Negara itu pada Isnin melaporkan lebih 15,000 kes baharu COVID-19 dan 17 kematian.
Sempadan antarabangsa Australia dibuka semula kepada pelancong lengkap divaksin, menandakan tamatnya sekatan yang dilaksanakan untuk mencegah penularan virus itu pada Mac 2020, lapor Xinhua.
Sebanyak 56 penerbangan dijadual mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas dibuka semula.
Menteri Persekutuan untuk Perdagangan, Pelancongan dan Pelaburan, Dan Tehan berada di lapangan terbang antarabangsa Sydney pada pagi Isnin untuk menyambut ketibaan pertama itu.
Kehadiran pelawat antarabangsa lengkap divaksin akan memacu semula sektor pelancongan Australia, yang menyokong 660,000 pekerjaan dan menyumbang A$60.4 bilion (kira-kira US$43 bilion) kepada ekonomi pada 2018-2019, menurut kenyataan media Tehan pada Isnin.
Sementara itu, Pengerusi Forum Pemimpin Pelancongan Wilayah Canberra David Marshall berkata industri pelancongan akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk pulih daripada wabak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#sektor pelancongan
#buka sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan