awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Australia catat penurunan kes, Sydney buka semula beberapa pantai

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/04/2020
07:15 MYT
COVID-19: Australia catat penurunan kes, Sydney buka semula beberapa pantai
Keputusan pembukaan semula beberapa pantai menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat tempatan kerana pantai merupakan lokasi panas dalam penularan wabak COVID-19. - REUTERS
Beberapa pantai di Sydney telah dibuka semula berikutan penurunan kes COVID-19 di Australia.
Memetik laporan BBC, tiga pantai termasuk Pantai Marouba dibuka semula dengan peluncur ombak kelihatan sudah berpusu-pusu ke pantai berkenaan.
Senaman turut dibenarkan di pesisiran pantai tersebut.
Bagaimanapun, Pantai Bondi yang terkenal dan menjadi antara tarikan pelancong di bandar raya berkenaan masih ditutup.
Keputusan pembukaan semula beberapa pantai menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat tempatan kerana kawasan itu merupakan lokasi panas dan memudahkan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, keputusan tersebut juga mencerminkan perasaan segelintir lagi masyarakat yang menginginkan keadaaan kembali normal memandangkan jumlah kes positif COVID-19 telah menurun.
Setakat Ahad, tiga negeri terbesar, New South Wales, Victoria dan Queensland hanya mencatatkan tujuh kes baharu.
Namun, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata sekatan dan penutupan premis perniagaan akan dikekalkan sekurang-kurangnya buat empat minggu lagi.
Topic Berkaitan
#Australia
#buka semula
#COVID-19
#lokasi panas
#New South Wales
#Pantai
#Pantai Bondi
#peluncur ombak
#penutupan premis
#Perdana Menteri Australia
#Queensland
#Scott Morrison
#Sydney
#Victoria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan