awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Britain bimbang varian India jejaskan pembukaan semula negara

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2021
01:44 MYT
COVID-19: Britain bimbang varian India jejaskan pembukaan semula negara
JOHNSON: Kita ingin pastikan, kita ambil semua langkah berhati-hati dan berjaga-jaga yang boleh diambil. - Gambar fail
UNITED Kingdom bimbang dengan penularan varian COVID-19 yang dikesan di India dan menggesa peningkatan mendadak kes melibatkan varian berkenaan ditangani segera.
Menurut Perdana Menteri Britain Boris Johnson, pihaknya telah menyusun langkah-langkah melonggarkan sekatan di England minggu depan dengan berhati-hati.
Johnson memberi amaran mutasi baharu seperti varian B 1.617.2 boleh menimbulkan risiko terhadap rancangan tersebut.
"Varian India atau B1617.2 adalah varian yang menjadi perhatian. Kita bimbang mengenainya. Ia telah tersebar. Pada masa ini terdapat banyak pendapat saintifik tentang apa yang mungkin boleh berlaku.
"Tetapi, kita ingin pastikan, kita ambil semua langkah berhati-hati dan berjaga-jaga yang mampu diambil," katanya di County Durham pada Khamis.
"Oleh itu, mesyuarat berlangsung hari ini untuk mempertimbangkan dengan tepat apa yang perlu kita lakukan. Pelbagai perkara boleh kita lakukan.
"Sudah tentu, kita tidak akan mengenepikan sebarang kemungkinan," tambahnya.
Agensi kesihatan awam England mendedahkan jumlah kes varian yang disahkan meningkat dua kali ganda dalam minggu terakhir, kepada 1,313 di seluruh United Kingdom.
Tambah Johnson, terdapat ujian saringan dilakukan rumah ke rumah sebagai tindak balas terhadap lonjakan kes varian baharu di Barat Laut England.
Ini termasuk pembukaan pusat vaksinasi tambahan.
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID-19
#Boris Johnson
#ujian saringan
#varian baharu
#India
#longgar sekatan
#pembukaan semula ekonomi
#United Kingdom
#England
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan