awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: CDC cadang semula penggunaan pelitup muka

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2021
22:30 MYT
COVID-19: CDC cadang semula penggunaan pelitup muka
Dr Rochelle Walensky berkata cadangan tersebut terpakai di tempat tertutup terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes harian. -Gambar fail
WASHINGTON: Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan cadangan baharu melibatkan penggunaan pelitup muka dalam kalangan mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya.
Menurut pengarahnya, Dr Rochelle Walensky, cadangan tersebut terpakai di tempat tertutup terutamanya di negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan kes harian.
Ia selepas kajian menunjukkan varian Delta lebih cepat menular terhadap penerima vaksin.
Justeru itu, CDC mengesyorkan penggunaan pelitup muka di tempat tertutup melibatkan guru, petugas pendidikan dan pelajar di sekolah-sekolah.
"Di kawasan yang berisiko dan boleh menular dengan cepat, CDC mencadangkan mereka yang telah menerima suntikan penuh untuk menggunakan pelitup muka di tempat umum, di tempat tertutup bagi mengekang penularan varian Delta dan melindungi orang lain.
"Ia termasuk di sekolah. CDC mencadangkan semua di sekolah k-12 untuk menggunakan pelitup muka, termasuk guru, petugas, pelajar, pelawat walau apa status vaksinasi sekali pun," kata Dr Walensky.
Cadangan tersebut menyusul selepas Los Angeles dan St Louis menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup susulan peningkatan kes dan rawatan di hospital.
Amerika Syarikat ketika ini mencatatkan lebih 57,000 kes sehari dengan kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dalam kalangan mereka yang belum divaksinasi.
Topic Berkaitan
#CDC
#centers for disease control and prevention
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#penyakit berjangkit
#pelitup muka
#vaksin
#suntikan
#pendidikan
#sekolah
#pelajar
#Rochelle Walensky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan