DUNIA
COVID-19: India rekod lebih 75,000 kes baharu, kes harian tertinggi setakat ini

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemerintah India telah menfokuskan pada peningkatan ujian sampel. -AP
INDIA merekodkan 75,760 kes baharu COVID-19 dengan 1,023 kematian dalam tempoh 24 jam pada Khamis.
Jumlah itu adalah kes harian tertinggi di negara berkenaan buat masa ini.
Dengan pertambahan jumlah kes, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di India kini melepasi 3.3 juta.
Manakala jumlah kes kematian pula berjumlah 60,472 kes.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pemerintah India telah menfokuskan pada peningkatan ujian sampel.
Majlis Penyelidikan Perubatan India memaklumkan setakat Rabu, sejumlah 38.576 juta sampel telah diuji, dengan 924,998 sampel diuji pada Rabu sahaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami