awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Indonesia mulakan kempen vaksinasi besar-besaran bulan depan - Jokowi

Reuters
Reuters
14/11/2020
00:16 MYT
COVID-19: Indonesia mulakan kempen vaksinasi besar-besaran bulan depan - Jokowi
Jokowi memaklumkan bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara. -REUTERS
JAKARTA:Indonesia akan memulakan kempen vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran pada akhir tahun ini.
Presiden Joko Widodo memberitahu Reuters bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara.
Sekiranya Agensi Makanan dan Ubat Negara (BPOM) memberikan kelulusan, negara dengan populasi 270 juta orang itu akan menjadi antara yang pertama di dunia melakukan vaksinasi terhadap COVID-19.
"Kami menjangkakan akan memulakan proses vaksinasi pada akhir tahun ini selepas ujian yang dilakukan oleh BPOM," katanya.
Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang menerima impak terbesar COVID-19, dengan sekitar 15,000 kematian dan 450,000 jangkitan.
Widodo menambah bahawa memastikan keselamatan vaksin adalah keutamaan, dan bahawa pekerja kesihatan, polis dan tentera akan menjadi yang pertama ketika kempen vaksinasi dimulakan.
Vaksin yang dihasilkan oleh Sinovac dan Sinopharm China dijangka digunakan pada peringkat awal kempen.
Kedua-duanya akan membekalkan 18 juta vaksin tahun ini, termasuk 15 juta yang akan dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal milik negara Indonesia Bio Farma.
Indonesia mempunyai perjanjian untuk mendapatkan lebih 250 juta dos hingga akhir 2021, termasuk 30 juta yang dikeluarkan oleh syarikat AS Novovax.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Indonesia
#COVID-19
#China
#vaksin
#Sinovac
#Sinopharm China
#Bio Farma
#Novovax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan