INTERNATIONAL
COVID-19: Itali catat jumlah sembuh lebih daripada kes baharu

Untuk pertama kalinya sejak pandemik itu melanda Itali, pesakit yang keluar dari hospital melebihi jumlah jangkitan kes baharu.
Pesuruhjaya Khas COVID-19 Itali, Angelo Borelli berkata data terbaharu jangkitan wabak di negara itu pada Khamis mencapai tahap yang "meyakinkan".
Untuk pertama kalinya sejak pandemik itu melanda Itali, pesakit yang keluar dari hospital melebihi jumlah jangkitan kes baharu.
Beliau berkata jumlah pesakit baharu antara Rabu dan Khamis adalah sebanyak 2,646 manakala 3,033 pesakit lagi telah sembuh.
"Angka hari ini sangat meyakinkan. Buat pertama kalinya jumlah mereka yang pulih dan yang didiscaj dari hospital lebih tinggi daripada jumlah kes baharu di negara kita.
"Jumlah keseluruhan kes ialah 189,973 dengan peningkatan 2,646 berbanding semalam, sementara dari semalam mereka yang telah sembuh dan discaj adalah 3,033," kata Borelli.
Itali antara negara Eropah yang kini mencatatkan penurunan dalam kes kematian dan positif hari ke hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami