awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jerman lanjutkan sekatan hingga 31 Januari

Agensi
Agensi
05/01/2021
21:12 MYT
COVID-19: Jerman lanjutkan sekatan hingga 31 Januari
Merkel bersetuju melanjutkan sekatan yang dikuatkuasakan ketika ini untuk tempoh tiga minggu lagi hingga 31 Januari. -Reuters
BERLIN :Canselor Jerman, Angela Merkel pada Selasa mengumumkan beliau bersetuju melanjutkan sekatan yang dikuatkuasakan ketika ini untuk tempoh tiga minggu lagi hingga 31 Januari depan.
Jelasnya lagi, pihak berkuasa juga akan mengetatkan lagi sekatan perjumpaan sosial selari dengan pelaksanaan pada awal penularan pandemik COVID-19 Mac lalu.
Malah, sekatan baharu juga akan dilaksanakan buat mereka yang tinggal di kawasan dengan kadar jangkitan yang tinggi.
"Kami mahu melanjutkan resolusi yang kami lakukan Disember lalu kepada 31 Januari dan kami juga akan mengetatkan resolusi ini di beberapa kawasan.
"Kami membuat keputusan untuk mengambil langkah susulan di beberapa daerah dengan 200 jangkitan harian baharu (dalam lingkungan 100,000 penduduk) iaitu untuk menyekat perjalanan sehingga 15 kilometer di sekitar tempat kediaman kecuali ada alasan yang munasabah," jelasnya.
Keputusan tersebut menyusul susulan peningkatan kes harian baharu dan kes kematian secara drastik dan pihak berkuasa masih belum mendapat keputusan kajian susulan cuti Tahun Baharu dan Krismas baru-baru ini.
Jerman sebelum ini mengenakan sekatan di seluruh negara dengan penutupan separa pada 2 November lalu dengan menutup bar, restoran dan pusat sukan.
Untuk rekod, Jerman merekodkan 944 lagi kes kematian pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#canselor jerman
#31 Januari
#sekatan perjumpaan sosial
#COVID-19
#pandemik
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan