awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu di Belanda melonjak lima kali ganda selepas kelonggaran sekatan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
14/07/2021
10:34 MYT
COVID-19: Kes baharu di Belanda melonjak lima kali ganda selepas kelonggaran sekatan
Kegiatan sosial sejak kelonggaran sekatan di Belanda dilihat menjadi salah satu penyumbang terbesar kepada kes jangkitan COVID-19 di negara itu. - Gambar hiasan AP
KUALA LUMPUR : Kes baharu COVID-19 di Belanda mencatatkan peningkatan sehingga lima kali ganda selepas kerajaan negara itu memansuhkan hampir semua sekatan dan undang-undang kesihatan berkaitan pandemik berkenaan sejak 26 jun lalu.
Susulan itu, kerajaan Belanda digesa untuk melaksanakan semula arahan sekatan bagi menghentikan penularan.
Memetik laporan Sky News pada Rabu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte terdahulu telah membuat permohonan maaf kerana ‘membuat penilaian yang salah’ dengan melonggarkan hampir kesemua sekatan COVID-19 di negara berkenaan.
Pembukaan pusat hiburan dan kelab-kelab malam menjadi salah satu punca peningkatan kes di negara itu.
Justeru sektor berkenaan telah diarahkan tutup sekurang-kurangnya sehingga 13 Ogos depan.
Sehingga kini, hampir 52,000 rakyat di Belanda dikesan positif COVID-19 sejak minggu lalu, jumlah peningkatan yang tinggi berbanding sebelum ini.
Jumlah kemasukan ke hospital juga meningkat sehingga 11 peratus atau 60 orang pesakit setiap hari.
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#Belanda
#Perdana Menteri Belanda
#Mark Rutte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan