awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes pertama dikesan di Gaza, perintah berkurung 48 jam dikuat kuasa

Agensi
Agensi
24/08/2020
23:37 MYT
COVID-19: Kes pertama dikesan di Gaza, perintah berkurung 48 jam dikuat kuasa
Empat jangkitan kes itu membabitkan sebuah keluarga di Kem Pelarian Al-Maghazi. -Gambar fail
Pemerintah Hamas isytihar perintah berkurung selama 48 jam buat kali pertama di Gaza selepas empat jangkitan positif COVID-19 dikesan di wilayah itu.
Menurut Kementerian Kesihatan, empat jangkitan itu membabitkan sebuah keluarga di Kem Pelarian Al-Maghazi.
Pegawai di Semenanjung Gaza berkata perintah itu dikuat kuasa susulan penyebaran wabak dalam kalangan masyarakat tempatan.
"Sehingga kini, semua kes yang dilaporkan di Gaza dikaitkan dengan pusat kuarantin bagi penduduk yang pulang dari luar negara.
"Empat daripada mereka sudah terbukti positif virus itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan punca jangkitan dan penutupan penuh dikenakan di kem berkenaan," katanya yang dipetik laporan NetNews.com.
Perintah berkurung yang dikenakan di seluruh wilayah itu akan menyebabkan semua perniagaan, sekolah, masjid dan kedai makan ditutup sepenuhnya.
Pihak berkuasa mengesan 109 kes di pusat kuarantin sejak Mac dan 72 daripadanya disahkan pulih.
Satu-satunya kes kematian akibat COVID-19 di Gaza melibatkan seorang wanita yang mengalami masalah kesihatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Gaza
#Hamas
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#pelarian
#perintah berkurung
#sekolah
#siasatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan