awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 4 juta

Bernama
Bernama
24/08/2021
14:26 MYT
COVID-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 4 juta
Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta, selepas mencatatkan 19,016 kes baharu hari ini. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta, selepas mencatatkan 19,016 kes baharu hari ini.
Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kes positif keseluruhan kini berjumlah 4,008,166, manakala jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 128,252 kes.
Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara.
Pemerintah Indonesia melanjutkan lagi pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini, yang membataskan pergerakan, aktiviti dan peraturan ketat berkaitan protokol kesihatan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin dalam siaran media menerusi Youtube PerekonomianRI, berkata Indonesia akan melaksanakan peraturan dan panduan 'hidup bersama' pandemi COVID-19.
Beberapa aspek, peraturan, protokol kesihatan yang lebih teratur dan lengkap akan digariskan bagi membolehkan semua aktiviti sosio ekonomi, pendidikan, kegiatan keagamaan dan sebagainya dapat beroperasi dalam tempoh terdekat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes positif
#Indonesia
#COVID-19
#4 juta
#BNPB
#Jakarta
#budi gunadi sadikin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan