JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini mencatatkan angka 131.58 juta, berikutan pertambahan ratusan ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.74 juta kes, diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.98 juta kes dan 12.59 juta kes.

Negara yang melebihi angka empat juta kes ialah Perancis, Rusia dan United Kingdom, sementara Itali, Turki dan Sepanyol melebihi tiga juta kes positif.

Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.

Iran, Ukraine, Peru, Afrika Selatan, Indonesia dan Kanada pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Romania, Belgium, Iraq, Portugal dan Sweden pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.86 juta kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 555,243 kes diikuti Brazil dengan 331,433 kes, Mexico,204,147 kes manakala India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Colombia.

Ini termasuk Iran, Argentina, Afrika Selatan, Poland dan Peru.

Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu Romania, Chile, Belgium, dan Hungary pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.