awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global cecah 150.8 juta

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2021
21:22 MYT
COVID-19: Kes positif global cecah 150.8 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 150.8 juta. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 150.8 juta.
Ia berikutan lebih 800,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 32.3 juta kes.
Ini diikuti India dengan 18.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.59 juta kes.
Negara yang mencatat kes melebihi angka 5 juta ialah Perancis, sementara Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali melebihi 4 juta kes.
Sepanyol dan Jerman pula melebihi 3 juta kes.
Argentina, Colombia, Poland, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.
Afrika Selatan, Indonesia, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Jepun, Arab Saudi, Panama, Slovakia dan Malaysia.
Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#kes positif
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#kes baharu
#Jerman
#Afrika Selatan
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan