JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 109.05 juta kes.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 27.66 juta kes.
Ini diikuti India dengan 10.91 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.83 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 4 juta kes ialah United Kingdom dan, Rusia sementara Perancis dan Sepanyol, lebih 3 juta.
Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Jordan, Panama, Emiriah Arab Bersatu dan Lebanon.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.4 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 485,943 kes.
Ini diikuti Brazil dengan 239,245 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Sepanyol, Jerman, Iran dan Colombia.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.
Selain itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Astro Awani
Mon Feb 15 2021
Negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia. - Foto fail
Keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula semalam.
Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco
Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
Fokus Minggu Depan: Keputusan kekal atau bertukar tangan?
Fokus Minggu Depan: Keputusan kekal atau bertukar tangan?
Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud dan Prof. Madya Dr. Mazlan Ali,
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud dan Prof. Madya Dr. Mazlan Ali,
Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
PM Anwar lawat Qatar mulai Ahad
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei.
Pusat pengundian ditutup
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud mengenai pusat pengundian Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Baharu ditutup.
Apple dijangka kemas kini Siri dengan keupayaan AI generatif
Siri baharu ini akan boleh berbual dengan lebih baik, dan mempunyai keupayaan menyambung pelbagai perbualan dan bukan sekadar menjawab soalan sahaja.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia disenaraihitam Amerika Syarikat
Agensi Berita Reuters pada Sabtu telah mengeluarkan notis penafian mereka pernah mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama Asia Tenggara untuk disenaraihitam oleh Amerika Syarikat.
Menurut perkongsian di laman media sosial, akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
Menurut perkongsian di laman media sosial, akaun Reuters Press Team berkata, laporan yang tular menggunakan jenama mereka itu merupakan satu laporan palsu.
Beri ruang polis siasat kes libatkan Faisal Halim
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua pihak tidak membangkitkan sebarang dakwaan berbentuk spekulasi terutama di media sosial berhubung insiden itu.
Sarawak bakal laksana persempadanan semula kawasan DUN tahun ini
Walaupun tidak mendedahkan jumlah sasaran kawasan baharu, Pengerusi GPS itu berkata beberapa faktor akan diteliti oleh SPR untuk melaksanakan persempadanan semula.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa Haji yang tidak sah
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam Malaysia supaya lebih berwaspada dengan sebarang tawaran pakej haji oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan visa yang tidak sah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.