awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebih 414 juta, korban 5.83 juta

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2022
23:09 MYT
COVID-19: Kes positif global lebih 414 juta, korban 5.83 juta
Orang ramai beratur menunggu giliran jalani ujian saringan COVID-19 di Beijing, China, 26 Januari 2022. -Gambar fail/REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 414 juta.
Ini berikutan pertambahan lebih 900,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 77 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes dan 27 juta.
Negara yang melepasi angka 21 juta kes ialah Perancis.
United Kingdom, Turki, Rusia, Itali dan Jerman pula melepasi angka 11 juta, manakala Sepanyol mencatat 10 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.8 juta.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 3.6 juta, Malaysia 3 juta, dan Thailand 2.6 juta kes.
Singapura pula mencatat lebih 497,000 kes positif.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.83 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 923,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 639,000 kes, India lebih 509,000 kes, dan Rusia lebih 334,000 kes.
Sementara Mexico kini mencatat lebih 312,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 96,000 kes ialah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 145,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#kes positif
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan