awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global lebihi 345 juta, korban 5.58 juta

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2022
00:45 MYT
COVID-19: Kes positif global lebihi 345 juta, korban 5.58 juta
Seorang lelaki dilihat berjalan sebelah sebuah mural yang memaparkan petugas kesihatan di Santiago, Chile. - Foto AP
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 345 juta, berikutan pertambahan lebih 3.46 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan hampir 70 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 38 juta kes dan 23.5 juta kes.
Negara yang melebihi angka 10 juta kes adalah Perancis, United Kingdom, Rusia dan Turki.
Sementara Itali merekodkan lebih 9 juta kes, manakala Sepanyol dan Jerman melebihi 8 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.27 juta, diikuti Filipina melebihi 3.3 juta, Malaysia 2.8 juta dan Thailand dengan 2.3 juta kes.
Manakala Singapura melebihi 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.58 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 863,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 622,000 kes, India lebih 488,000 kes dan Rusia lebih 318,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 302,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Idonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan