Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 41.53 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan 7.65 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.27 juta kes.

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol pula melepasi 1 juta kes.

Negara yang melepasi angka setengah juta adalah Colombia, Peru, Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Chile, Itali, Iraq, Jerman, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Turki, Arab Saudi, Ukraine, Pakistan, Belanda, Belgium, Poland dan Kanada.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 ialah Romania, Maghribi, Ecuador, Nepal dan Bolivia, Qatar, Panama, UAE, Kuwait, Oman, Kazakhstan, Portugal, Sweden, Mesir, Guatemala dan Costa Rica.

Negara-negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.