Skip to main content
Advertisement

Hiburan

ALPHA rangkul anugerah Artis Baharu Terbaik AIM25

ALPHA Dinobat Artis Baru Terbaik AIM25 -- GEMPAK
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan kumpulan berkenaan sebagai antara bakat baharu yang semakin menyerlah dalam industri muzik tempatan. - Gempak
Advertisement

KUCHING: Kumpulan ALPHA mencipta kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Artis Baharu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan kumpulan berkenaan sebagai antara bakat baharu yang semakin menyerlah dalam industri muzik tempatan.

Bagi kategori Artis Baharu Terbaik, ALPHA sebelum ini bersaing dengan beberapa calon lain termasuk Rezza Shah, Ary Hussin, QalG- dan Yusuf Kassim.

AIM25 yang berlangsung pada Sabtu merupakan edisi istimewa sempena ulang tahun ke-25 penganjuran anugerah berprestij itu dan julung kali diadakan di luar Semenanjung Malaysia, dengan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah.

Anugerah Industri Muzik anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengiktiraf pencapaian serta kecemerlangan penggiat industri muzik tempatan merangkumi pelbagai kategori.

 

 

Must Watch Video

Advertisement