Skip to main content

Dunia

Lapan maut, 12 cedera dalam nahas bas di timur laut Brazil

Tujuh orang maut di tempat kejadian, manakala seorang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan ketika mendapatkan rawatan perubatan. - Foto X/Hugo Borges
Tujuh orang maut di tempat kejadian, manakala seorang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan ketika mendapatkan rawatan perubatan. - Foto X/Hugo Borges
Advertisement

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 12 lagi cedera selepas sebuah bas terbalik di negeri timur laut Brazil, Bahia, kata polis pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku sekitar 11 malam waktu tempatan pada Jumaat berhampiran Iraquara, di wilayah Diamantina, dengan 22 penumpang menaiki bas.

Tujuh orang maut di tempat kejadian, manakala seorang kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Advertisement

Kesemua yang cedera sedang dirawat di hospital berdekatan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Advertisement

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement