awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lapangan Terbang Dubai cari pengendali saringan dalam skala besar

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2020
00:50 MYT
COVID-19: Lapangan Terbang Dubai cari pengendali saringan dalam skala besar
DXB mengendalikan 6 juta penumpang lebih tinggi daripada lapangan terbang kedua tersibuk dunia, Heathrow di London. -Reuters
Ketidaktentuan masih lagi menyelubungi sektor penerbangan awam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Dubai (DXB) Paul Griffiths, biarpun dengan langkah sambungan beberapa penerbangan oleh Emirates pada minggu depan, lapangan terbang berkenaan masih lagi mencari pengendali saringan COVID-19 pada skala besar.
Menurut Gulf-Business, DXB mengendalikan lebih 86 juta penumpang pada 2019.
Kini lapangan terbang tersebut tidak sesibuk tahun lepas.
Namun beliau percaya pengembara akan kembali dan pandemik ini adalah seperti pelbagai insiden sebelum ini yang mengganggu penerbangan awam seperti SARS dan serangan 11 September.
Ketika ini banyak negara yang masih melarang penerbangan keluar masuk untuk mengawal penularan COVID-19.
DXB mengendalikan 6 juta penumpang lebih tinggi daripada lapangan terbang kedua tersibuk dunia, Heathrow di London.
Pada suku pertama, DXB menyaksikan jumlah penumpang jatuh sebanyak 20 peratus kepada 17.8 juta orang.
Bermula pada 21 Mei, Emirates akan menyambung penerbangan ke 9 bandar termasuk London, Paris dan Melbourne.
Ketika ini, banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk pemakaian topeng muka dan sarung tangan untuk kakitangan dan penumpang.
Namun, DXB menyatakan ia masih lagi belum bercadang untuk mengadakan saringan kepada semua penumpang.
Ketika ini Emiriyah Arab Bersatu mencatatkan kes positif COVID-19 pada 20,000 orang.
Antara yang teruk terkesan di Ermiriyah Arab Bersatu adalah pekerja asingnya.
Lapangan Terbang Dubai menyaksikan jualan bebas cukai sebanyak AS$2 billion (kira-kira RM8.7 bilion) pada tahun 2019.
Topic Berkaitan
#86 juta penumpang
#COVID-19
#Dubai
#DXB
#Lapangan Terbang Dubai
#London
#Melbourne
#Paris
#SARS
#sektor penerbangan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan