awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 2,000 kematian di Indonesia

Bernama
Bernama
27/07/2021
11:09 MYT
COVID-19: Lebih 2,000 kematian di Indonesia
Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain. - Foto Reuters/Willy Kurniawan
JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini.
Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 86,835 orang.
Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 417 kematian, diikuti Jawa Timur (354), Jawa Barat (309), Jakarta (184) dan selebihnya di provinsi lain.
Kes baharu COVID-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 45,203 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,239,936 kes, dengan sebanyak 556,281 pesakit aktif (dirawat).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia
#COVID-19
#Jawa Timur
#jawa barat
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan