LUBNAN memulakan perintah sekatan di seluruh negara bagi tempoh 25 hari bermula Khamis.

Sekatan tersebut dikuatkuasakan susulan peningkatan kes harian positif COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut dengan 4,774 kes dilaporkan pada Khamis.

Peningkatan kes itu menimbulkan keresahan terhadap krisis rawatan, yang memberi tekanan terhadap sistem rawatan kesihatan dan hospital di negara itu.

Ini merupakan sekatan ketiga sejak bermula pandemik itu di Lubnan pada Februari.

Sekatan tersebut turut menyaksikan kebanyakan operasi perniagaan ditutup dan penggunaan lalu lintas yang terhad.

Malah, jadual penerbangan juga dihadkan di satu-satunya lapangan terbang antarabangsa negara itu.

Perintah berkurung harian bermula 6 petang hingga 5 pagi ini akan dikuatkuasakan sehingga 1 Februari depan.