awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2022
03:20 MYT
COVID-19: Pertambahan 1.85 juta kes baharu seluruh dunia dalam sehari
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes positif. - Foto fail
JUMLAH kes positif yang dicatat di seluruh dunia meningkat kepada 462 juta selepas selepas 1.85 juta kes baharu direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42 juta kes serta 29 juta.
Negara yang melepasi angka 23 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom melebihi 20 juta, Rusia dan Jerman dengan 17 juta kes, manakala Turki, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 3.8 juta kes dan Filipina 3.6 juta kes, manakala Thailand dengan 3.2 juta kes.
Singapura pula melebihi 975,000 kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 5,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.05 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 968,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 655,000 kes, India lebih 516,000 kes dan Rusia lebih 355,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 321,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 152,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 57,000 diikuti Malaysia dengan 33,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan